Pengenalan D' Nelayan Beach Resort Pantai Pengkalan Balak Melaka


 SELAMAT DATANG
 PENGKALAN BALAK MELAKA 
2 Cawangan Kami
06-3848666 – D’NELAYAN BEACH RESORT
06-3848777 – RIANG RIA RESORT


D'Nelayan Beach Resort Dan Chalet di Pantai Pengkalan Balak. Melaka. Merupakan nama yang tidak asing lagi bagi pengunjung yang datang menginap dan melakukan aktiviti seperti hari keluarga,‘reunion’ seminar dan perbagai sebagainya. D’Nelayan Beach Resort dan Chalet terletak di perairan laut Selat Melaka yang pada satu ketikanya merupakan tempat perdagangan di Melaka.

Pantai Pengkalan Balak Masjid Tanah adalah lokasi bagi D’Nelayan Beach Resort. Pantai kami yang bertelok membolehkan pengunjung yang datang melihat pemandangan lautan yang indah dan berseri dengan pasir yang kuning keemasan ditambah pula dengan sinar mentari senja yang mampu memikat hati semua. Lebih-lebih lagi pemandangan malam yang disinari cahaya bulan menyerikan suasana dan ketenangan yang tidak dapat dirasai dimana-mana.
Resort kami merupakan tempat percutian yang menjadi pilihan utama bagi pengunjung yang datang kerana mempunyai fasiliti yang lengkap, penginapan yang selesa dan kemudahan-kemudahan lain yang sememangnya sangat bersesuaianlah dengan ‘tagline’ kami ‘Segalanya Ada Disini’.
Resort kami telah ditubuhkan selama 15 tahun dan kami berpengalaman dalam mengendalikan pelbagai aktiviti riadah seperti hari keluarga, sukaneka, jamuan, karaoke, pengacara majlis, fasilitator bagi sukaneka/aerobik dan banyak lagi.
Resort kami juga mempunyai satu lagi anak cawangan, dikenali sebagai Riang Ria Resort yang bertapak juga di Pengkalan Balak, Masjid Tanah. Lokasi kami dibezakan dengan mengenali D’Nelayan Beach Resort bertempat di Kampung Sungai Tuang, manakala Riang Ria Resort bertempat di Kampung Padang Kemunting.
Jika anda ingin merasai sendiri pengalaman percutian anda beramai-ramai bersama keluarga yang tersayang, jemputlah datang ke resort kami. 



Untuk tempahan dan pertanyaan sila hubungi kami :
D'Nelayan Beach Resort. Pengkalan Balak, 78300 Masjid Tanah. Melaka
06-3848 666/06-384 8787

D'Nelayan Riang Ria Resort
06-3848777 /0176692777 EN RAHMAN